Dear readers,
First of all I would like to thank all of you for supporting me all this while. It is because of you that I decided to continue blogging. Really appreciate all your critics and comments. But I got a little announcement here to make.

Saya akan mem'blog' dalam BAHASA MALAYSIA selepas ini. THERE WILL BE NO MORE ENGLISH BLOGS.

Saya tidak gentar akan kritikan anda. Blog ini merupakan blog saya. Blog yang mencerminkan personaliti saya, mempamerkan gaya penulisan saya, dan mungkin merupakan sejarah hidup saya. Jadi akan saya gunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa blog saya. Mungkin suatu hari Dewan Bahasa & Pustaka akan menerbitkan sebuah buku berdasarkan blog saya? Entah la.. Saya pun tak tau.. (prasa kegemaran saya)

Sudah lama saya ingin menulis dalam Bahasa Malaysia (BM). Seperti rakan - rakan blogger yang lain, mereka suka mem'blog' dalam Bahasa Cina ataupun English. Kata mereka itulah bahasa yang selesa digunakan oleh mereka. Saya tidak mengerti tulisan Cina. Hal ini kerana saya berpendidikan BM ketika di bangku sekolah. Orang kata "English Ed". Tetapi kepada saya, ianya lebih baik dinamakan sebagai "Bahasa Ed". Jadi saya juga akan menggunakan bahasa yang saya selesa gunakan iaitu BM.

Hal yang ingin saya kemukakan dalam blog ini ialah sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah menggunakan BM dengan lebih banyak, baik dalam pergaulan harian ataupun dalam penulisan (seperti yang saya lakukan sekarang) Bahasa boleh menyatu - padukan negara. (Akan saya terangkan dengan lebih lanjut dalam perenggan akan datang)

Apabila saya mengumumkan bahawa saya ingin menerbitkan blog BM, saya menerima pelbagai reaksi daripada rakan - rakan saya.

Fikiran Mereka (Merah) VS Fikiran Saya (Biru)
1. [YM] You will lose your readers. **** *** (name is censored for privacy purposes) will boycott ur blog <-- Saya tidak kisah pun. Nak baca, baca. Tak nak takpe. ^.^
2. [MSN] Tak nak la.. dalam BM gila la.. <-- Apa yang gila sekiranya saya menulis dalam BM? -___-
3. [MSN] Got a bit low standard feel <-- Alamak. Begini pula dia memikirkan BM pula. @.@ Tetapi sejurus itu, kami bersembang menggunakan BM dalam Msn. Cakap tak serupa bikin "cikgu" ini.
Yang seterusnya komen yang terhebat..
4. [SMS] Aku paling benci babi. U tukar bm, aku tak nak baca. Demonstate! <-- Kepada penghantar SMS ini, bukankah anda MASIH sedang membaca blog ini? ;p Sila berikan komen nanti..
5. [SMS] Good a.. <-- Satu - satunya reaksi positif yang saya dapat. Hal ini kerana dia (HE, not a SHE) pun seperti saya; "BM Ed". Terima kasih ye.. ^.^

Itulah antara reaksi TULEN yang saya dapat.

Secara jujur, saya tidak berpendapat bahawa BM merupakan bahasa yang rendah tahapnya. BM pada suatu masa dahulu merupakan lingua franca (bahasa perhubungan) di rantau ini. Sekiranya anda merasakan bahawa English merupakan bahasa yang hebat, mengapakah terdapat sesetengah pihak yang mem'blog' dalam Bahasa Cina (BC) pula? Apakah anda ingin mengatakan bahawa BC juga merupkan bahasa yang rendah tahapnya?

Itulah masalahnya. Mereka merasakan bahawa penggunaan BM akan merendahkan 'standard' mereka. They thought by using English, it will put them in a higher class? Even the Malays (those in big cities) feel inferior when you speak Malay with them. Well you know what? That's BULLSHIT!! Bahasa merupakan sejenis peralatan untuk berkomunikasi dengan pihak lain. Selagi pihak yang lain memahami mesej anda, bahasa yang digunakan adalah tidak penting! Baik Cina, Jepun, Tamil, mahupun English. Setiap bahasa adalah sama. Setiap satunya pun mempunyai keindahannya. Keistimewaannya. Kepelbagaiannya.

Antara faktor selepas 50 tahun merdeka rakyat masih tidak bersatu padu ialah BAHASA. Orang bukan Melayu gemar menggunakan bahasa ibunda mereka ataupun English dalam kehidupan harian mereka. Mereka tidak menggunakan BM langsung kecuali ketika membelanja polis minum kopi ataupun pada masa membeli nasi campur di kantin Universiti. Itu pun dalam loghat yang berat.

Terdapat juga sesetengah rakyat MALAYSIA yang TIDAK mengenali BM!!! Alamak. Hal ini saya ketahui selepas memasuki Universiti. Cantik!! Pragraduan tidak mengenali BM. Tolonglah belajar bahasa ini. Setidak - tidaknya anda boleh bertutur dalam BM dan memahami BM. Adui..

Oleh hal yang demikian, ingin saya tekankan sekali lagi bahawa BM bukanlah bahasa yang rendah 'standard'nya. Bahasa ini saya belajar semenjak saya masih kecil. Saya akan bertutur dalam bahasa sekiranya mempunyai peluang terutamanya dengan pensyarah saya di MMU. Ingatlah bahawa English bukanlah bahasa yang terunggul. Hanya kerana English merupakan bahasa antarabangsa, ianya tidak bermaksud bahawa bahasa lain adalah rendah 'standard'nya. Penggunaan BM tidak bermaksud bahawa anda akan menjadi orang Melayu! Tinggalkanlah sikap 'racism' anda dalam tong sampah!!

Ingin saya mengetahui fikiran anda tentang blog ini. Silalah memberikan komen selepas ini.

Editor's note : Oh ya. I am just joking when I say I will ONLY be using BM for future blogs. I was too free today. Sorry about that. But I can assure you that I will be blogging in BM at other times. Hong's Little Dairy will still be in English. ^.^

Remarks : I am not being an UMNO supporter or whatsoever. BM is just a language. Clear your mind please..

5 comments:

Memandangkan abang ini beria-ia sangat nak menggunakan BM dalam blog dia, saya pun nak memberi komen dalam BM. Saya memang sama dengan awak, tak kisah bertutur dalam bahasa asalkan boleh jadi kawan, boleh berkomuninasi dengan orang lain dengan baik. Walaupun begitu, saya tetap rasa yang blog awak kali ini terlalu serius, lebih - lebih lagi semasa awak mempertahankan BM. Mungkin kerana saya bukan orang yang kisah sangat dengan bahasa apa yang orang lain guna. Walau bagaimanapun, kadang kala bertulis dan bercakap dalam BM juga bagus dan seronok...hehe..sokong!!

Terima kasih Cik Michiyo atas sokongan anda. Sebenarnya saya hendak menggunakan BM bukan tulen tetapi banyak pembaca yang tidak faham. Oleh yang demikian saya terpaksa menggunakan bahasa yang tulen. Saya bukanlah hendak mempertahankan BM. Cuma hendak mengingatkan orang lain bahawa English bukannya satu - satunya bahasa yang ber'standard'

bagus bagus

apa yang awak buat ni lain dari yang lain...
dan biasanya 'yang lain' tu memang selalunya tak mendapat sokongan penuh dari orang lain... :D

so forget about them...

teruskan apa yang awak buat tu...
dan kalau boleh, selalukanlah tulis dalam BM, supaya yang lain tu nampak apa yang awak maksudkan...

oh ye lagi satu, saya tak rasa pun awak semakin kehilangan pembaca...rasanya makin bertambah pulak...
contohnya saya ni...saya cuma taip 'diari malaysia' kat google, terus keluar blog awak pada result yang pertama...
maknanya kalau awak tak pakai BM belum tentu saya dapat jumpa blog awak ni...

so tahniahlah sebab buat perubahan yang memberi kesan...

bagus bagus

apa yang awak buat ni lain dari yang lain...
dan biasanya 'yang lain' tu memang selalunya tak mendapat sokongan penuh dari orang lain... :D

so forget about them...

teruskan apa yang awak buat tu...
dan kalau boleh, selalukanlah tulis dalam BM, supaya yang lain tu nampak apa yang awak maksudkan...

oh ye lagi satu, saya tak rasa pun awak semakin kehilangan pembaca...rasanya makin bertambah pulak...
contohnya saya ni...saya cuma taip 'diari malaysia' kat google, terus keluar blog awak pada result yang pertama...
maknanya kalau awak tak pakai BM belum tentu saya dapat jumpa blog awak ni...

so tahniahlah sebab buat perubahan yang memberi kesan...

Terima kasih saudara/saudari. Komen yang anda berikan memang memberikan semangat yang kuat kepada saya untuk memblog lebih dalam Bahasa Melayu.