Soalan di atas ditujukan kepada saya malam semalam oleh seorang pelajar antarabangsa. Terkejut juga bila ditanyakan soalan sebegini. Hal ini kerana soalan yang biasa dikemukakan kepada saya ialah "Adakah kamu Melayu?" disebabkan kulit sawo matang saya yang sihat ini. Hehe.
Sebenarnya soalan itu ditanyakan kerana pelajar itu hendak bertanyakan tentang Bahasa Melayu. Siap dengan "lecture slides" yang dicetak, dia menanya saya Bahasa Melayu yang sangat cetek. Soalannya ialah maksud perkataan malam dan penggunaanya. Saya menjawab bahawa malam bermaksud "night time" dan digunakan selepas pukul 8. Saya juga mengajarnya perkataan "petang" dan "tengah hari".
Dia kembali ke biliknya dengan senyuman yang manis sejurus habis bertanya. Saya pula berasa bangga dapat mengajar budak dari negara asing. Malahan saya juga menawarkan bantuan kepadanya sekiranya dia mempunyai sebarang kekeliruan lagi. Haha. Entah kenapa.. saya boleh lebih mesra dengan pelajar negara lain daripada pelajar tempatan.
Namun, soalan ini bermain dalam otak saya selama sejam semalam. Bagaimana sekiranya saya tidak boleh menjawab soalan yang ditujukannya? Bukankah hal itu akan menjadi sesuatu yang sangat memalukan? Sebagai seorang warga Malaysia, bukankah kita seharusnya fasih baik dalam pertuturan malahan penulisan Bahasa Malaysia? Namun demikian, masih terdapat ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak fasih dalam Bahasa Malaysia. Aihh.. Kalau hendak menundingkan jari, tundingkanlah kepada kerajaan yang tidak mengamalkan sistem pendidikan sepadu. Oleh itu, lahirlah orang India yang boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Tamil dan orang Cina yang boleh betutur dalam Bahasa Cina dan Inggeris. Tetapi berbahasa Malaysia seperti Mat Salleh (orang putih).. Aih.. apalah yang akan terjadi kepada masa depan negara ini?
Wahai rakyat Malaysia, gunakanlah Bahasa Malaysia sebanyak yang mungkin..
If you don't understand 50% of what is written above.. I am speechless.. Malaysian.. =p
Happy Chinese New Year 2012
14 years ago

4 comments:
i understand!!!
hahahahahahahaha~~~~
bangganya~~
Saya faham 75% ke atas apa yang Boss tulis kali ini, jangan keluh lah....
Mungkin saya bukan orang Malaysia, sebab saya memang tak fasih dalam pertuturan BM. Saya mengaku masalah ini yang muncul pada saya ....
Oleh itu, Boss ajar saya BM lah!!!
Saya berazam nak belajar BM ya~~~
Jangan ejekkan saya lagi lah^^
p/s: I think there are a lot of BM grammar mistakes in this comment...haha....
[ChitPei] PERCUBAAN YANG CUKUP BAGUS SEKALI!! KAGUM!!!
Tidak sangka sungguh saya bahawa AFC No 3 akan memberi komen dalam BM. Memang patut diberikan pujian.. Segala kesalahan tatabahasa anda tidaklah serius sangat. Asalkan anda mencuba, sudah memadai.
Saya akan mengajar anda!!! CANTIK!!
(cantik = nice) =p
woooo.. berusaha lagi cp!! yeahhh... haha~
Post a Comment